Panduan Daftar Senior

Kemaskini 20 November 2019

Panduan Daftar Senior

  1. Pertama sekali, bayar yuran IPT dan Pelbagai mengikut panduan yang disediakan. Pembayaran boleh dibuat bermula dari 02 Disember - 08 Disember 2019
  2. Selepas minimum 36 jam bayaran dibuat, layari spmp.psa.edu.my untuk melakukan pendaftaran atas talian (online).
  3. Pendaftaran online perlu dilaksanakan sebelum 09 Disember 2019.
  4. Hadir lapordiri pada 09 Disember 2019 dan serahkan Slip Bayaran Pelbagai dan Slip Lapor Diri Online kepada penasihat akademik.
  5. Tahniah, anda kini berjaya mendaftar. Selamat menjalani semester ini dan semoga berjaya!

Panduan Bayaran Yuran

  1. Yuran Pengajian (IPT) RM200.
  2. Yuran pengajian boleh dibayar melalui: Sila rujuk borang panduan untuk tatacara lengkap.
  3. Yuran Pelbagai RM150.
  4. Yuran pelbagai perlu dibayar mengunakan Slip Deposit Tunai di Bank Islam. Yuran pelbagai adalah untuk perkara berikut:
    • Yuran Koperasi
    • Saham Koperasi
    • Insuran
    • Sukan dan Kokurikulum
    • Aktiviti Pelajar
    • Aktiviti Kamsis (Untuk penghuni Kamsis sahaja.)
    Slip Yuran Politeknik Ban Islam. Contoh slip deposit tunai. Sila bayar kepada:
    • Nama akaun: KOPERASI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH BERHAD
    • Nombor akaun: 12038010109339

Panduan Daftar Online

  1. Layari http://spmp.psa.edu.my/ dan daftar masuk menggunakan No Kad Pengenalan dan No Pendaftaran anda.
  2. Slip Yuran Politeknik Bank Islam.
  3. Selepas itu, pada menu Pendaftaran klik Kemaskini Maklumat Penjaga. Isikan maklumat penjaga anda dengan lengkap. Ini adalah bagi tujuan kecemasan sepanjang anda berada di PSA.
  4. Kemudian, kembali ke menu utama iHELP. Pada menu Pendaftaran, klik Lapor Diri Pelajar Senior. Kemudian Cetak Slip Pengesahan Lapordiri dan serahkan slip kepada penasihat akademik anda di hari pendaftaran.
  5. Slip Yuran Politeknik Bank Islam.
  6. Selesai. Anda kini boleh kembali berjimba.

Soalan Lain - FAQ

  1. Apa itu Kamsis?
  2. Kamsis adalah asrama/kolej penginapan pelajar (Kampus/Kampung Siswa Siswi - Kamsis).
  3. Saya tidak ditawarkan Asrama/Kamsis. Apa perlu saya lakukan?
  4. Tempat adalah terhad, pelajar semesta satu dari luar kawasan Kuala Lumpur/ Selangor/ Putrajaya diutamakan. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan asrama sila hubungi Pejabat Warden (03-51634000). Sila dapatkan rumah sewa secepat mungkin sekiranya perlu. Lokasi yang berhampiran adalah apartmen Ilham, apartmen Jaya, apartmen Perdana, apartmen Melewar dan TTDI Jaya. Sewa di Shah Alam agak mahal, sila usaha untuk cari kekosongan bilik dengan pelajar senior untuk mencari sewa termurah. Klik sini untuk melihat jarak rumah sewa berdekatan ke politeknik.
  5. Saya kekurangan kasih sayang, apa patut saya lakukan?
  6. Klik sini.
  7. Saya ada pertanyaan lain.
  8. Sebarang pertanyaan umum lain sila hubungi:
    • 03-51634059/4069 (Jabatan Hal Ehwal Pelajar).
    • 03-51634000 ext 1273/1274/1275 (Pejabat Warden)