Panduan Daftar Junior
Maklumat yang dipaparkan sah untuk Sesi Akademik Disember 2019 sahaja. Jika bercanggah dengan borang panduan, sila ikut borang panduan.
Pendaftaran
- Semak keputusan permohonan anda di http://ambilan.mypolycc.edu.my/.
- Cetak surat tawaran dan Borang Jawapan Tawaran (BJT).
- Lengkapkan Borang Jawapan Tawaran dan hantar borang tersebut ke Politeknik Shah Alam melalui pos atau secara terus.
- Selepas 7 hari, semak status penerimaan Borang Jawapan Tawaran (BJT).
- Setelah BJT anda disahkan diterima, layari pmisdev.psa.edu.my/logindaftarbaru.
- Di laman tersebut, masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik butang semak.
- Baca maklumat yang dipaparkan dengan teliti dan cetak Dokumen Panduan & Borang HHP/HEP.
- Seterusnya anda perlu membayar yuran IPT/Pelbagai/Kamsis mengikut borang panduan yang disediakan. Bayaran boleh dilakukan bermula 17 September sehingga 29 November 2019. Pelajar dinasihatkan membuat bayaran dan pendaftaran online sebelum 29 November 2019 untuk melancarkan proses lapor diri pada 02 Disember 2019.
- Selepas minimum 36 jam bayaran dibuat, layari spmp.psa.edu.my/uspmp2/logindaftarbaru dan semak status bayaran yuran anda.
- Selepas status bayaran diterima, daftar online dengan menyemak maklumat yang dipaparkan dan tekan butang “Cetak Slip” bagi mencetak Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian (Online). Simpan Slip Pengesahan Pendaftaran Dalam Talian (Online) dan bawa bersama ketika melapor diri di Politeknik.
- Lengkapkan kesemua dokumen HHP/HEP dan borang PTPTN jika anda memerlukan bantuan pinjaman kewangan.
- Hadir lapordiri pada 02 Disember 2019 bersama kesemua dokumen yang diperlukan.
- 🎉 Tahniah, anda kini berjaya mendaftar. Selamat menjalani Minggu Suai Kenal (MSK). Selamat datang ke PSA!
Panduan Bayaran Yuran
- Yuran Pengajian (IPT) RM 200
- Perbankan Internet Bank Islam
- Mesin ATM Bank Islam
- Mesin Cash Deposit (CDM) Bank Islam. Sila rujuk borang panduan untuk tatacara lengkap.
- Yuran Pelbagai RM600.
- Yuran Koperasi
- Saham Koperasi
- Minggu Suai Kenal (MSK), kelengkapan MSK, dan Inspirasi Transformasi Diri (ITD)
- Insuran
- Sukan dan Kokurikulum
- Aktiviti Pelajar
- Aktiviti Kamsis (Untuk penghuni Kamsis sahaja.)
- 1.Nama: Nama Penuh Pelajar
- 2.Nombor Akaun: 12038010109339
- 3.Wang Tunai (Amaun): Enam Ratus Sahaja - RM 600.00
- 4.Bayar Kepada: KOPERASI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH BERHAD
- 5.Jenis Bayaran: Yuran Pelbagai
- 6.NRIC: No. Kad Pengenalan Pelajar
- Yuran Kolej Kediaman (Kamsis) RM60.
- Yuran Aktiviti Kolej Kediaman (Kamsis) RM50.
Yuran pengajian boleh dibayar melalui:
Yuran pelbagai perlu dibayar mengunakan Slip Deposit Tunai di Bank Islam. Yuran pelbagai adalah untuk perkara berikut:
(Contoh Slip Deposit Tunai Bank Islam)

Yuran Kamsis hanya perlu dibayar oleh pelajar yang ditawarkan penginapan sahaja. Cara bayaran yuran Kamsis adalah sama dengan yuran pengajian IPT (dibayar serentak). Sila rujuk borang panduan untuk tatacara lengkap.
Yuran Aktiviti Kamsis hanya perlu dibayar oleh pelajar yang ditawarkan penginapan sahaja. Dibayar secara tunai semasa hari pendaftaran.
Panduan PTPTN
PTPTN ada menawarkan pinjaman kepada pelajar program Diploma dan Diploma Lanjutan, yang layak mengikuti pengajian di mana-mana Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia. Berikut ialah syarat-syarat umum permohonan pinjaman pendidikan PTPTN :- Menyelesaikan keseluruhan hutang pembiayaan pendidikan terdahulu sekiranya pernah mendapat pembiayaan pendidikan PTPTN tetapi gagal/berhenti/mendapat penaja lain/membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN.
- Mengikuti pengajian di Politeknik secara SEPENUH MASA dan SEPARUH MASA
- Pelajar Kolej Komuniti yang mengikuti pengajian di peringkat ‘foundation’ di Politeknik selama 6 bulan tidak layak memohon pinjaman PTPTN
- Telah membuka akaun SSPN di mana-mana cawangan Maybank dan akaun Bank Islam (persendirian).
- No PIN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No PIN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online.
- Mempunyai alamat e-mel yang sah bagi urusan rasmi PTPTN.
Bagi pelajar Politeknik Shah Alam, anda harus mempunyai akaun SSPN, membeli pin di BSN dan mempunyai akaun Bank Islam.
Soalan Lain - FAQ
- Apa itu Kamsis?
- Saya tidak ditawarkan Asrama/Kamsis. Apa perlu saya lakukan?
- Apakah pakaian semasa hari pendaftaran? Kenapa Poli lain wajib pakai warna putih?
- Pelajar lelaki – baju kemeja, seluar ‘slack’ hitam, kasut hitam bertutup.
- Pelajar perempuan – baju kurung, bertudung (bagi yang beragama islam) dan kasut hitam bertutup.
- Saya tiada kenderaan, adakah ada pengangkutan awam di PSA?
- Kemudahan atau tarikan lain berdekatan dengan PSA?
- Aeon Mall Shah Alam
- Taman Extreme Park
- Space U8 (MBO Cinemas)
- Tesco Extra
- Tesco (Bulatan Kayangan)
- Stadium Shah Alam
- Saya ada pertanyaan lain.
- 03-51634059/4069 (Jabatan Hal Ehwal Pelajar).
- 03-51634000 ext 1273/1274/1275 (Pejabat Warden)
Kamsis adalah asrama/kolej penginapan pelajar (Kampus Siswa Siswi @ Kampung Siswa Siswi).
Tempat adalah terhad, pelajar semesta satu dari luar kawasan Kuala Lumpur/ Selangor/ Putrajaya diutamakan. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan asrama sila hubungi Pejabat Warden (03-51634000). Sila dapatkan rumah sewa secepat
mungkin sekiranya perlu. Lokasi yang berhampiran adalah apartmen Ilham, apartmen Jaya, apartmen Perdana, apartmen Melewar dan TTDI Jaya. Sewa di Shah Alam agak mahal, sila usaha untuk cari kekosongan bilik dengan pelajar senior untuk
mencari sewa termurah. Klik sini untuk melihat jarak rumah sewa berdekatan ke politeknik.
Ya. Terdapat bas percuma, Smart Selangor yang melalui PSA di laluan SA02 dan SA05. Senarai hentian dan masa ketibaan bas boleh dilihat di dalam aplikasi SITS. Bas Smart Selangor beroperasi bermula pada pukul 06.00 pagi dan tamat pada 10.00 malam. Selain daripada itu, terdapat juga tren KTM (Batu Tiga) berdekatan dengan PSA untuk ke lokasi yang lebih jauh.
Terminal bas pula terletak di Seksyen 17 (25+ minit dari PSA). Perkhidmatan seru-pandu seperti GRAB juga boleh digunakan di sini.
Sebarang pertanyaan umum lain sila hubungi: